Perkhidmatan Sosial Perkhidmatan_Iran

Rencana utama: Bonyad

Perlindungan sosial atau Bonyad adalah sebuah perkhidmatan kemasyarakatan kerajaan Iran untuk buruh-buruh Iran yang bertujuan untuk memberi perlindungan kewangan daripada pangangguran dan kemalangan dan ia juga merupakan sebuah simpanan pencen. Untuk peniaga-peniagan kecilan, mereka bisa menggunakan perkhidmatan dengan membayar 12 ke 18% daripada hasil perniagaan mereka, bergantung kepada jenis-jenis perlindungan. Untuk pekerja-pekerja yang berumur antara 18 ke 65 tahun, bayaran perkhidmatan ini dikongsi dengan majikan, di mana 7% daripada pendapatan pekerja akan ditolak, 20 ke 23% daripada bil gaji akan ditolak dan 3% daripada bil gaji akan disubsidi oleh kerajaan. Pada tahun 1996, 73 peratus daripada populasi Iran dilindungi dengan perkhidmatan ini.

Pekerja awam, tentera dan penguat kuasa pula mempunyai sistem pencen yang tersendiri. Pada tahun 2003, pencen minimum untuk kumpulan pekerja ini ialah 50% daripada pendapatan mereka. Namun begitu, pencen mereka mesti tidak kurang daripada gaji minimum yang ditetapkan kerajaan Iran. Kerajaan Iran memperuntukkan 22.5 peratus daripada belanjawan negara pada tahun 2003 untuk kebajikan sosial. Lebih 50 peratus daripada peruntukan itu disalurkan untuk pencen.